Tuesday 5 March 2013

RPH BM Ting 2


RPH BAHASA MELAYU TINGKATAN DUA


KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND
1

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.

DISKRIPTOR
B1DL1
Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah.

EVIDENS
B1DL1E1
Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami.

AKTIVITI PENTAKSIRAN
1.       Guru berbual dengan murid tentang aktiviti yang dilakukan sewaktu cuti sekolah.

2.       Murid menyatakan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan pada masa cuti sekolah.

3.       Murid menyatakan pengalaman melakukan aktiviti tersebut.

Contoh Perbualan :

Guru   : Apakah aktiviti yang telah anda lakukan sewaktu cuti sekolah?

Murid : Saya telah menolong bapa mengecat rumah sempena Hari Deepavali.

Guru : Apakah pengalaman anda ketika menbantu bapa ketika mengecat rumah?

Murid : Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Saya seronok rumah saya  kelihatan cantik.  
       


 Kad Inventori Perbincangan

Bil
Soalan

/ X
1.
Adakah murid berbual dengan ayat yang mudah?


2.
Adakah murid memberikan jawapan dengan ayat yang mudah difahami?


3.
Adakah murid menceritakan pengalaman yang sesuai dengan tajuk perbualan?



No comments:

Post a Comment