Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
1. Gantinama Diri
2. Gantinama Umum
3. Gantinama Pertanyaan
4. Gantinama Petunjuk
5. Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan
untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)
kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga)
(b)
kata ganti diri singkat
(c)
kata ganti Tanya
(d)
kata ganti tempat
(e)
kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.
Kata ganti diri pertama ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.
Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu
yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan
|
saya (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi
|
hamba (tunggal)
|
digunakan pada diri
sendiri pada zaman dahulu
|
patik (tunggal)
|
digunakan oleh rakyat
apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
beta (tunggal)
|
digunakan oleh raja atau
sultan apabila bertitah kepada rakyat
|
kami (jamak)
|
digunakan kepada diri
orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
kita (jamak)
|
digunakan kepada diri
sendiri dan menyertakan diri orang kedua
|
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
|
contoh kata nama diri
pertama
|
tunggal
|
beta, patik, aku, saya
|
jamak
|
kita, kami, kita orang
|
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal
dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
|
contoh kata Ganti Diri
kedua
|
Tunggal
|
tuanku, wak, kamu, anda,
engkau
|
Jamak
|
kalian
|
Kata Ganti Diri
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
|
awak (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
engkau (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan sultan dan raja
|
kalian (jamak)
|
digunakan untuk beberapa
orang yang diajak bercakap
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata
seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
|
Contoh kata ganti diri
ketiga
|
tunggal
|
ia, dia, beliau, baginda
|
jamak
|
mereka
|
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
digunakan untuk raja dan
sultan
|
beliau (tunggal
|
digunakan untuk orang
yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan
pemimpin
|
dia dan ia (tunggal)
|
digunakan untuk orang
yang umum seperti orang biasa dan rakan
|
mereka (jamak)
|
digunakan untuk orang
yang bilangannya lebih daripada seorang
|
Contoh ayat yang menggunakan kata
ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada
bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah
yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata
Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan
bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan
halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda,
orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
|
Orang
|
Tempat
|
Masa
|
Hal
|
Bilangan
|
apakah
|
siapakah
|
manakah
|
bilakah
|
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
|
berapakah
|
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang
berikut:
Kata Ganti Tempat
|
Penggunaannya
|
sana
|
digunakan untuk tempat
yang dianggap jauh
|
sini
|
digunakan untuk tempat
yang dekat dengan orang
yang bercakap
|
situ
|
digunakan untuk tempat
yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
|
Benda, orang, Binatang
|
ini, itu
|
Tempat
|
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
|
Keadaan
|
begini, begitu, demikian
|
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti
tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah
sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan
cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i. Ini komputer.
ii. Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama.
Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara
tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang
berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
|
Ayat-ayat contoh
|
|
apa-apa
|
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
|
|
Siapa-siapa
|
1. Tidak ada siapa-siapa
dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh
menjaksikan pertunjukan itu.
|
|
Mana-mana
|
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
|
|
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
|
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
|
|
No comments:
Post a Comment