Tuesday 5 March 2013

Deskriptor B1 DB1 E1


UNIT 1: PELAJAR CEMERLANG

DESKRIPTOR: B1 DB1 E1.

Tajuk: Betandang ke rumah Sabrina

Nama: _____________________________________________              Tingkatan: ___________


       Petang itu udara nyaman.Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengusap muka Nagesh yang sedang menunggu Mei Hwa di bawah pohon nangka.Nagesh tiba tepat pada masa seperti yang dijanjikan.Basikalnya disandarkan pada pohon nangka. Mereka berjanji untuk pergi ke rumah Sabrina untuk melihat projek jahitan sulaman silang yang akan dipamerkan di sudut kraf tangan di dalam kelas mereka. Mereka merancang meningkatkan keceriaan kelas mereka

    “Dimanakah Mei Hwa, ni?” keluh Nagesh. 
  “Hai, Nagesh!” sapa Mei Hwa, termengah-mengah kerana penat mengayuh basikalnya.
“Lamakah awak menunggu saya?” Tanya Mei Hwa tidak sabar-sabar lagi.
“Tidak mengapa walaupun saya menunggu lama, asalkan awak tiba dengan selamat,” kata Nagesh ringkas.Tanpa berlengah-lengah lagi, mereka pun sama-sama berbasikal ke rumah Sabrina.Mereka tiba di rumah Sabrina.Rumah itu sunyi sepi.
            “Sabrina. Sabrina. Awak di mana?” teriak Mei Hwa.
            Sabrina muncul di muka pintu rumahnya.
            “Nagesh, Mei Hwa, jemputlah masuk,” pelawa Sabrina. Dia gembira menerima tetamunya.
            “Awak sedang buat apa?” Tanya Mei Hwa kepada Sabrina.
            “Saya sedang menyiapkan projek kita,” jawab Sabrina.
            “Tujuan kami datang untuk membantu awak, jika perlu,” jelas Nagesh.
            “Terima kasih. Jahitan kita hamper siap. Inilah hasilnya, lihatlah,” kata Sabrina sambil menunjukkan jahitannya kepada Nagesh dan Mei Hwa.
            “Amboi, cantiknya jahitan awak! Bagaimanakah awak menjahitnya?” Tanya Nagesh kehairanan.




DESKRIPTOR: B1 DB1 E1.

Nama: _____________________________________________             Tingkatan: ___________.

 Rekod Inventori Bacaan.

BIL
                                               SOALAN
√ / X
1.
Adakah murid itu dapat menyebut perkataan dengan betul?

2.
Adakah murid itu menggantikan perkataan dengan perkataannya sendiri?

3.
Adakah murid itu enggan menyebut sesuatu perkataan?

4.
Adakah murid itu meninggalkan mana-mana perkataan?

5.
Adakah murid itu mengulang-ulang perkataan atau frasa?

6.
Adakah murid itu (lemah atau kurang lancar) dapat membaca dengan lancar setelah diberikan bimbingan oleh guru?

7.
Adakah murid itu mampu memberikan maksud perkataan yang diberikan oleh guru berdasarkan petikan?

8.
Adakah murid mampu memberikan pendapat berdasarkan petikan tersebut?


1 comment: