Wednesday 13 February 2013

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU tingkatan 1


KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND
STANDARD

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

2

TAHU  DAN FAHAM

1

TAHU


TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA IBUNDA

Sumber: Berita Harian
Tarikh  : 17/08/2006 
Halaman : 15
Tajuk : Didik anak Melayu cintai bahasa ibunda

  


MEMANG janggal bunyinya apabila orang Melayu pelat bercakap Melayu. Jika 'pelat' itu bagi warga asing mungkin boleh diterima dan tidak terlalu janggal. Maka kecaman terhadap pelakon muda seperti Sharifah Amani biarpun pedas harus dijadikan iktibar. Hal ini kerana apa yang dilakukan menunjukkan yang beliau kini amat mahir dengan bahasa Inggeris hingga terlupa dan tidak dapat bercakap dengan baik dalam bahasa ibunda sendiri.

Apakah kita harus melihat lebih ramai generasi muda akan datang akan terus lupa dan menjadi seperti beliau? Sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang. Hasrat untuk memperkasakan bahasa seperti yang diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan baru-baru ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya langkah drastik tidak diambil mulai sekarang untuk kembali memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa utama dalam kehidupan rakyat Malaysia.


Jika mentaliti kini masih beranggapan bahawa hanya bahasa Inggeris boleh membawa kemajuan sesuatu bangsa itu, maka akan punah jati diribangsa itu sendiri sebenarnya. Marilah kita kembali pada hakikat sebenar yang berpijak di bumi nyata bahawa bahasa Melayu sememangnya kini semakin terpinggir dek arus pembangunan.

Sia-sia saja perjuangan yang dibuat oleh pahlawan Melayu terdahulu seperti Hang Tuah, Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi. Bak kata pahlawan Hang Tuah 'Tak Melayu Hilang Di Dunia'.

Namun kini, sikit demi sedikit budaya Melayu terhakis, tanah orang Melayu tergadai, bangsa Melayu tercemar dan kini bahasa Melayu bakal hilang ditelan dek zaman. Apa yang tinggal hanyalah Keretapi Tanah Melayu, sejak dulu hingga kini masih kekal selama-lamanya. Apakah kita sedar akan perkara ini, atau sengaja buat tidak sedar hanya kerana memikirkan periuk nasi kita?

Bangkitlah wahai umat Melayu, kejadian yang berlaku kepada Sharifah Amani dalam FFM19 sebenarnya harus membuka mata semua pejuang Melayu dan kerajaan agar kembali mendidik minda dan jiwa anak kita hari ini dengan nilai kemelayuan termasuklah memartabatkan semula bahasa Melayu.

Marilah kita bersama-sama memperjuangkan serta memartabatkan kembali bahasa Melayu dalam pentadbiran, pendidikan dan urusan seharian kita.


CUCU MAT KILAU,
Kuantan, Pahang.