Sunday 3 March 2013

Instrumen PBS Bahasa Melayu Ting.2


Instrumen Pentaksiran Berasaskan  Sekolah
 
BAHASA MELAYU (BAND 1)

KEMAHIRAN
LISAN
BAND
1
PERNYATAAN
STANDARD
B1
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR
B1 DL1
Berbual tentang isu semasa dengan  ayat  yang mudah.
EVIDENS
B1 DL1 E1
Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
1.Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar aktiviti semasa cuti sekolah (rujuk buku teks tingkatan 2 muka surat 8)
2 Murid memberi respons terhadap isi perbualan .
3.Guru memilih 6 orang murid untuk berbincang tentang faedah-faedah aktiviti yang dijalankan pada masa cuti sekolah.
CONTOH ITEM PERBUALAN
1. Apakah aktiviti yang dapat kamu lihat dalam gambar (rujuk buku teks BM tingkatan 2 muka surat 8).
2. Bolehkah kamu menceritakan aktiviti yang kamu lakukan semasa cuti sekolah?
3.Nyatakan faedah yang kamu boleh dapati daripada aktivit tersebut?
4.Cadangkan dua aktiviti lain yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah?

Rujuk buku teks tingkatan 2 muka surat 8

BIL
Soalan
  /  X
1
Adakah murid  menyebut perkataan dengan betul?

2
Adakah murid mengemukakan jawapan dengan ayat yang mudah difahami?

3
Adakah murid memberikan contoh yang sesuai dengan tajuk perbualan?

Kad Inventori Perbincangan

Kemahiran
Membaca
Band
1
Pernyataan standard
B1 DB1
Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Deskriptor
B1 DB1
Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
Evidens
B1 DB1 E1
Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
Aktiviti pentaksiran
1.     Guru meminta murid membuka halaman 22  dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius.
2.     Guru meminta murid mendeklamasi  serangkap sajak yang bertajuk Hari Guru  dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
3.     Guru mentaksir bacaan murid menggunakan kad inventori.

Sajak : Hari Guru
  
     i
Hari ini
Adalah hari kita
Menjunjung amanah
Sandaran harapan insan berjuta
Yang bernama ibu bapa
Memikul misi murni
Mengasuh mendidik
Tunas bangsa
Harapan nusa



                                          Kad Inventori

Bil
Pernyataan
/
X
1.
Adakah murid menyebut perkataan dengan betul?


2

Adakah murid menggantikan perkataan dengan perkataan sendiri?


3.
Adakah murid meninggalkan mana-mana perkataan?


4
Adakah murid mengulangkan perkataan atau frasa?


5
Adakah murid dapat  membaca  dengan intonasi yang sesuai?


Kemahiran
Menulis

Band
1

Pernyataan standard
B1 DT1
Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

Deskriptor
B1 DT1
Menulis ayat yang lengkap

Evidens
B1 DT1 E1
Menulis ayat-ayat yang mengandungi subjek dan predikat

Aktiviti pentaksiran
1.     Guru menerangkan tentang penggunaan subjek dan predikat dalam ayat (rujuk bahagian A)
2.     Guru meminta murid membina ayat secara lisan.
3.     Guru meminta murid menulis lima ayat yang mengandungi subjek dan predikat.
            



                                 Lembaran kerja
Bahagian A
Kenalpasti yang mana subjek dan predikat berdasarkan ayat yang diberi.

1.     Pemandu itu tidak sempat mengelak lalu melanggar sebuah lori pasir.

Subjek

Predikat


2.     Najib sungguh gembira kerana lulus dengan cemerlang dalam PMR.

Subjek

Predikat


3.     Ayah balik lewat kerana kerja lebih masa.

Subjek

Predikat


4.     Lukisan itu sangat cantik dan menarik.

Subjek

Predikat




5.     Pemain bola sepak itu sungguh lincah.

Subjek

Predikat


Bahagian B

Bina 5 ayat  yang mengandungi subjek dan predikat.

1.     _______________________________________________
2.     _______________________________________________
3.     _______________________________________________
4.     _______________________________________________
5.     _______________________________________________








4 comments: