Friday 15 March 2013

JENIS AYAT


 AYAT INTI


  •  Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis atau ayat tunggal.
  •  Ayat inti menjadi dasar untuk membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitaN 
  • Ayat inti mempunyai satu subjek dan satu predikat. 
  • Terdapat empat jenis ayat inti iaitu :

(a )Frasa nama + frasa nama

Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa nama.

Contoh ayat

FN (subjek)

FN (predikat)
Kakak Arif
Doctor
Mutusamy
pelajar
Pemuda itu
mahasiswa

b) Frasa nama + frasa kerja

Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa kerja.

contoh ayat


FN (subjek)
FK (kerja)
Abang
membasuh kereta
Nyonya Tan
membeli ikan
Murid-murid itu
Berlari

c) Frasa nama + frasa adjektif

Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa adjektif.

contoh ayat


FN (subjek)
FK (adjektif)
Bunga ini
Wangi
Kapak ini
Tumpul
Bangunan itu
tinggi

d) Frasa nama + frasa sendi

Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama dan predikatnya juga frasa sendi.

contoh ayat


FN (subjek)
FK (sendi)
Ayah
di kebun
Mereka
dari Terengganu
Cenderamata
untuk guru besar

Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama untuk membentuk frasa sendi.

contoh ayat

Kata sendi
di, dari, untuk
Kata nama
kebun, Terengganu, guru besar

No comments:

Post a Comment